Program 1 Pelajar 1 Pokok

SAHABAT ALAM SEKITAR MALAYSIA

 

PENDAHULUAN

Kesedaran rakyat terhadap ancaman pemanasan global masih ditahap rendah serta tidak cakna dengan usaha pelbagai pihak bagi mengatasi isu global seumpama ini.

Masalah ini semakin terkesan dari masa kesemasa bilamana keadaan cuaca tidak menentu dan sukar diramal. Perubahan iklim biasanya berlaku 10,000 tahun, kini hanya mengambil 100 tahun sahaja atau dalam anggaran 2 generasi. Pemanasan suhu ini mampu mencairkan benua artik, greenland dan antartika barat secara perlahan-lahan sehingga mampu meningkatkan paras laut sehingga 7 meter. Fenomena ini mampu menengelamkan beberapa negara termasuk negara kita terutama di kawasan rendah seperti Kuala Muda, Teluk Intan, Kelantan dan daerah yang rendah ukuran paras laut.

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Pelepasan karbon dioksida yang berlebihan mengakibatkan bumi ini menjadi gersang dan tidak mampu bertahan oleh hidupan termasuk manusia. Secara bandingan Planet Marikh yang berkadar suhu 400 darjah celsius dan purata atmosferanya dipenuhi karbon dioksida sebanyak 90 peratus. Dibimbangi bumi juga akan mengalami nasib yang sama.

Pelupusan kawasan besar hutan, penebangan pokok akan hanya mengganggu kawasan tadahan hujan serta mengakibatkan kerosakan serta mampu mempu mengancam kestabilan ekosistem dan sumber alam.

Jurnal nature merekodkan masyarakat menebang 15 bilion pokok setiap tahun menyebabkan dunia kehilangan 46 peratus sejak bermula tamadun manusia. PBB melalui gambaran satelit menunjukkan hanya tinggal 400 billion pokok sahaja di dunia pada hari ini.

Justeru itu, kertas cadangan ini dizahirkan bagi merancang secara bijaksana untuk menganjurkan Kempen Hijaukan Bumi “Satu  Pelajar Satu Pokok”

 

TUJUAN

  • Menimbulkan kesedaran generasi muda khusus pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.
  • Menjadikan Bumi negara kita lebih hijau, redup serta nyaman untuk kehidupan manusia sejagatdan setiap insan yang bernyawa.
  • Melahirkan masyarakat cakna dan prihatin terhadap pemeliharaan alam sekitar.
  • Menanam sikap kasih dan sayang terhadap tumbuh-tumbuhan serta peka akan kepentingannya sebagai bekalan oksigen yang amat diperlukan makhluk dimuka bumi ini.
  • Menanam sikap toleransi kalangan para peserta program ini dalam semangat gotong-royong dan saling kenal mengenal diantara satu sama lain serta diyakini akan diteruskan pada setiap program yang akan dianjurkan pada masa hapadan.
  • Kerjasama berterusan diantara Badan Bukan Kerajaan dengan pengurusan sekolah termasuk PIBG dengan Jabatan Kerajaan yang punya matlamat sama dalam usaha penerapan nilai murni menjaga alam sekitar.
  • Menjadikan progam ini sebagai pemangkin dalam penubuhan Kelab Sahabat Alam Sekitar Malaysia diperingkat sekolah-sekolah diseluruh Malaysia.
  • Menerap kesedaran insan agar saling hormat menghormati akan keperluan dan kebergantungan diantara satu sama lain iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan di muka bumi kejadian tuhan.

 

MISI & VISI

MISI

  • Menjadikan Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS) sebagai agen pelaksana bagi pihak kerajaan dalam menjayakan program “1 Pelajar 1Pokok”
  • Menubuhkan “Kelab Sahabat Alam Sekitar” (Kelab SAS) di sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia

VISI

  • Menjadikan Program ini sebagai platform menjayakan kempen menanam 10 juta pokok pada atau sebelum 2050 sebagai menyahut seruan kerajaan dalam Visi TN50
  • Menjadikan Rakyat Malaysia sebagai warganegara yang memiliki sikap menyayangi tumbuh-tumbuhan serta prihatin terhadap anasir yang merosakkan alam sekitar.
  • Menjadikan Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang Bersih, Nyaman Dan Hijau

 

JADI SEBAHAGIAN PENAJA UNTUK PROGRAM INI!!!