Mengenai SAS

SAHABAT ALAM SEKITAR MALAYSIA

Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia(SAS) merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 05hb Ogos2011, peranan pertubuhan SAS ini adalah untuk memberikan khidmat didalam memelihara alam sekitar di laut dan didaratan bumi sertadi ruangan udara,di mana program dan aktivitinya dirangka sebegitu kemas demi generasi masa hadapan.Pada masa kini pemeliharaan alam sekitar dicemari oleh anasir- anasir perosak terutamanya oleh aktiviti manusia itu sendiri,adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai manusia menjaga keindahan muka bumi ini daripada dimusnah oleh gejala kecuaian manusia.   Bagi mengekal dan memulihara  alam sekitar,berbagai cara dan kaedah boleh diguna pakai untuk meningkatkan rasa tanggungjawab kita terhadapnya.

Bagi Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS) menitikberatkan pendidikan,  penjagaan,  keselamatan, pemuliharaan  dan  tanggungjawab  terhadap  isu- isu alam sekitar isu-isu dan masalah alam sekitar kinimendapatperhatiandipelbagaiperingkat keranaianyamempunyaiimplikasibukansahaja ke atasgenerasimasa  kini tetapi juga masa depan. Antara isu-isualam sekitar yang sering dibangkitkan termasuk pencemaran udara, pencemaran air,laut serta kehilangan biodiversiti dan  perubahan  iklim global. Punca utama masalah-masalah ini ialah pembangunan fizikal yang tidak terkawal,gaya hidup dan corak penggunaan (consumption patterns) dan perbuatan manusia yang kurang bertanggungjawab. Isu-isu ini jika tidak ditangani akan membawa kesan-kesan negatif temasuk menjejaskan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

 

VISI

Membantu usaha kerajaan membina minda dan penghayatan setiap warganegara Malaysia dan semua manusia memainkan peranan proaktif bagi memastikan muka bumi tempat tinggal semua habitat dipelihara  dan  dijaga dengan  selamat demi generasi masa depan.

 

MISI

Mencurahkan khidmat bakti dan pendidikan kepada orang ramai untuk pemuliharaan dan keselamatan alam sekitar dengan semangat kecintaan dan kewajipan yang kental.